Saturday, July 25, 2009

Kenapa Lipas Perlu Dikawal

  Ano Nyme       Saturday, July 25, 2009


Sedikit Fakta Tentang Lipas
Kita semua pernah melihat lipas. Lipas merupakan salah satu serangga yang amat biasa di dapati di penempatan yang ada manusia.

Berdasarkan bukti fosil, lipas di ketahui wujud sejak daripada 350 juta tahun dahulu !

Terdapat sekitar 3,500 jenis lipas di serata dunia !, dan yang paling biasa berlegar sekitar penempatan kita adalah dari species,

1. Lipas Jerman (Saiz kecil dan kalau orang tak tahu dia kata anak lipas. Terdapat banyak di hotel dan restoran)
2. Lipas Amerika (Bersaiz besar dan busuk, mungkin sebab itu kita panggil lipas amerika?)
3. Lipas Berjalur Coklat
4. Lipas Australia
5. Lipas Coklat dll.

Kerosakan Bawaan Lipas
Lipas suka makan benda bergam dan berkanji (terutamanya bahan yang berasaskan haiwan). Sebab itu kita sering melihat stem, sampul surat, binding buku, dan wallpaper sering menjadi mangsa kerosakan lipas.

Satu lagi perangai lipas yang amat tak senonoh adalah kesukaannya mencari makan dan menjadikan “pot” (tempat berkumpul) kawasan buangan dan kotor seperti saluran najis, tong sampah, saluran buangan dapur, tandas dan sebagainya.

Hasil dari perangai di atas maka lipas sering membuat pencemaran pada makanan, perkakasan dapur, permukaan meja dan lain-lain.

Lipas juga mengeluarkan sejenis bau dari badannya yang mampu mengubah rasa makanan kita. Bau yang kuat juga dapat menghilangkan selera makan kita.

Keracunan Makanan
Antara gejala biasa bawaan lipas yang sering kita dengar adalah seperti keracunan makanan, mual, kekejangan abdominal, muntah-muntah, cirit-birit, berak darah dan lain-lain.

Kuman yang menyebabkan perkara tersebut di atas di bawa melalui kaki dan badan lipas yang melekat pada makanan dan peralatan makanan serta permukaan meja ketika lipas merayap.

Najis lipas juga boleh menyebabkan seseorang yang alah menjadi gatal-gatal kulit, mata berair dan juga bersin yang mana boleh mengancam kehidupan mereka yang mengidap penyakit paru-paru yang teruk dan lelah.

Walau bagaimanapun lipas jarang dihubungkaitkan dengan penyakit yang serius atau wabak penyakit yang teruk sungguhpun lipas merupakan serangga yang amat dibenci serata dunia.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa Lipas Perlu Dikawal

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment