Pernahkah anda terserempak dengan lipas?...
Kalau di dapur rumah kita biasa melihat atau terserempak dengan lipas yang bersaiz besar yang panjangnya di antara 1 inci hingga 1.5 inci.
Lipas yang bersaiz besar itu kekadang jika kita pernah memegangnya kita akan dapat bau yang amat busuk, sebabnya ialah lipas jenis ini suka merayap pada saluran najis atau saluran longkang.
Lipas yang kita jumpa seperti di atas yang kita namakan Lipas Amerika, jarang-jarang kita dalam kuantiti yang banyak di rumah kita, kecualilah jika rumah kita penuh dengan sampah sarap, lembab dan tak terurus.
Kalau anda pernah makan di retoran mewah atau di hotel-hotel, anda akan rasa berbaloi dengan harga yang perlu anda bayar kerana suasana dan layanan yang anda terima dari restoran atau hotel itu amat istimewa.
Apa kata anda pergi ke dapur di mana makanan yang anda tempa disediakan. Anda akan dapati di celah-celah rekahan atau ruang sempit antara dinding dan dapur terdapat lipas-lipas kecil yang bermain 'Aci Menyorok".
Kadang kala tersembul seekor dua lipas merayap selamba di atas permukaan tempat menyediakan makanan. Lipas tersebut biasanya bersaiz 1/2 inci sahaja dan berwarna coklat muda. Namanya ialah Lipas Jerman.
Lipas Jerman merupakan Lipas yang sering menyerang dapur-dapur hotel, bilik-bilik hotel, restoran dan kedai-kedai runcit dll.
Jika itu yang anda lihat bermakna dapur restoran atau hotel itu berada dalam keadaan kritikal dan tahap serangan lipasnya adalah amat tinggi.
Biasanya lipas lebih suka menyorokkan dirinya di waktu cerah dan jarang keluar merayap tak tentu hala dan masa, tapi jika kawasan menyorok sudah terlalu sempit maka mereka terpaksa keluar.
Melalui pengalaman melakukan kawalan serangga perosak di restoran atau hotel-hotel saya terpaksa berkerja keras dengan menarik segala tempat yang tersembunyi, mengeluarkan segala bekas0bekas yang tersorok semata-mata untuk menunjukkan kepada pengurusan tempat tersebut bahawa serangan lipas mereka adalah dalam tahap kritikal.
Biasanya mereka akan terbeliak mata melihat sendiri bagaimana beribu-ribu ekor lipas berhimpit-himpit di sebalik dapur yang mereka masak, berbaris di sebalik kaki meja yang rapat di dinding atau di sebalik rekahan tiles yang tidak di baiki.
Apa bila kita menyembur untuk memaksa lipas keluar dari tempat menyoroknya,mereka bertempiaran lari melihat betapa banyaknya lipas keluar dari persembunyian mereka.
Saya anda sendiri akan geli-geleman untuk makan di restoran tersebut jika berpeluang melihat sendiri suasana sebenar dapur restoran atau hotel.
Cuma restoran atau hotel yang benar-benar memahami dan sedar kepentingan pengurusan dapur yang baik sahaja akan mengambil berat dengan aktiviti kawalan lipas dan mereka akan sentiasa memastikan kebersihan berada dalam tahap yang tinggi sekali.
Biasanya mereka yang begitu tidak akan kedekut untuk membayar lebih kepada syarikat kawalan serangga yang baik asalkan tahap serangan lipas terkawal.
Jadi jangan tertipu dengan hiasan yang cantik dan damai di restoran mewah atau hotel-hotel, tanya dulu siapa yang menguruskan kawalan serangga di situ.
No comments:
Post a Comment